Demonstrasi menyelamat
13 September 2022 06:44pm
Masa membaca: 4 minit
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (dua, kanan) diiringi Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad (kanan) melawat tapak pameran selepas Majlis Penutup Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri hari ini.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kanan) menyempurnakan pemakaian lencana unit khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke atas anggota dan Pegawai Bomba pada Majlis Penutup Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri hari ini.
Anggota dan para pegawai bomba melakukan demonstrasi menyelamat mangsa bot terbakar menggunakan bantuan helikopter pada Majlis Penutup Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri hari ini.
Seramai 90 anggota dan pegawai JBPM Melaka menjalani kursus berkenaan selama tiga hari bermula Ahad lalu.