Ditahan gara-gara tunai umrah buat Ratu Elizabeth II
RIYADH - Arab Saudi memberkas seorang individu yang menunaikan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.
Penahanan itu dibuat terhadap lelaki warga Yemen itu selepas dia memuat naik rakaman video dan turut menjadi tular di media sosial pada Isnin.
Media tempatan melaporkan lelaki berkenaan telah melanggar peraturan umrah apabila dia bertindak membawa sepanduk yang ditujukan untuk mendiang ratu ke dalam kawasan Masjidil Haram di Makkah.
“Individu itu telah dirujuk kepada pendakwaan awam untuk tindakan selanjutnya,” jelas laporan itu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!