Tunku Puteri Johor rasmi 'Embrace Autism'

Tunku Puteri Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar (tengah) bergambar bersama kanak-kanak autisme, Jad James Farren, 8, (tiga, kiri) dan Muhammad Monib, 15, (dua, kiri) pada ada perasmian kempen kedua ‘Embrace Autism‘ yang berlangsung sempena sambutan Hari Autisme Sedunia di Intermark Mall, hari ini. - Foto Bernama
Tunku Puteri Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar (tengah) bergambar bersama kanak-kanak autisme, Jad James Farren, 8, (tiga, kiri) dan Muhammad Monib, 15, (dua, kiri) pada ada perasmian kempen kedua ‘Embrace Autism‘ yang berlangsung sempena sambutan Hari Autisme Sedunia di Intermark Mall, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tunku Puteri Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini merasmikan kempen ke-dua ‘Embrace Autism‘ yang berlangsung sempena sambutan Hari Autisme Sedunia di Intermark Mall, di sini.

Bercakap kepada pemberita Tunku Kamariah Aminah berkata, program-program seumpama itu perlu dibanyakkan lagi kerana ketika ini kesedaran terhadap autisme di kalangan masyarakat dilihat agak kurang.

“Stigma dalam kalangan masyarakat adalah mereka sentiasa menganggap kanak-kanak autisme ini berbeza, namun realitinya ada antara mereka lebih menyerlah berbanding kanak-kanak normal, di sebabkan itu program ini amat penting bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat,” katanya.

Di majlis pelancaran itu beliau menjemput dua artis autisme untuk melukis di atas pentas dan kemudiannya beliau turut melawat reruai-reruai yang menampilkan hasil seni kanak-kanak autisme.

Program dua hari yang bermula hari dianjurkan dengan kerjasama Dome Cafe, Intermark Mall dan Early Autism Project Malaysia.

Sementara itu Ketua Pemasaran Dome cafe Malaysia, Noraza Yusof berkata, program hari ini disasar untuk memberi inspirasi, menaikkan semangat para ibu bapa yang cuba mewujudkan harapan serta menyediakan peluang-peluang kepada kanak-kanak autisme. “Embrace Autism yang dilancarkan tahun lepas disasar kearah meningkatkan lagi kualiti kehidupan mereka yang berkaitan dengan autisme di samping memberi sokongan kepada anggota keluarga mereka.

“Dalam program ini, kami juga menyediakan Bazar Embrace Autism yang memasarkan produk-[produk individu dengan Autisme. Ia adalah pemaparan pelan peralihan yang membekalkan harapan serta peluang-peluang ke arah kehidupan yang lebih bebas dan bermakna untuk mencapai kualiti hidup yang sebaik mungkin,” katanya.

Program hari ini turut menampilkan taklimat percuma oleh pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak autisme. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!