Lelaki Myanmar miliki 600 bungkus air ketum

Air ketum dan ubat batuk yang dirampas dari seorang lelaki Myanmar di sebuah pondok di Jalan Bagan Dalam.
Air ketum dan ubat batuk yang dirampas dari seorang lelaki Myanmar di sebuah pondok di Jalan Bagan Dalam.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Myanmar direman empat hari selepas ditahan bersama 600 bungkus air ketum di sebuah pondok di Jalan Bagan Dalam di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dalam operasi pencegahan jenayah pada jam 12.30 tengahari semalam.

Menurutnya, turut dirampas daripada suspek adalah satu bekas plastik memgandungi 70 botol disyaki mengandungi ubat batuk.

"Suspek yang tidak bekerja ditahan di sebuah pondok tidak bernombor di tepi Jalan Bagan Dalam.

"Kita merampas 10 bekas plastik yang setiap satunya mengandungi 60 bungkus cecair disyaki air ketum. Jumlah isipadu 600 bungkus air ketum yang dirampas adalah 150,000 mililiter.

"Hasil siasatan mendapati air ketum dan ubat batuk tersebut untuk dijual di kawasan sekitar Butterworth.

"Nilai keseluruhan air ketum dan ubat batuk yang dirampas dianggarkan bernilai RM4,300," katanya ketika dihubungi tadi.

Noorzainy berkata, ujian saringan dadah ke atas suspek didapati negatif.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman bermula hari ini hingga 9 April ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!