Remaja ditahan buat aksi 'wheelie'
ALOR SETAR - Seorang remaja ditahan polis kerana melakukan aksi 'wheelie' ketika menunggang motosikal, dalam Op Samseng Jalanan di sekitar pusat bandar Alor Setar, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu dipercayai melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikal sebanyak dua kali.
"Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing dijalankan terhadap remaja lelaki tersebut adalah negatif," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Sementara itu mengenai operasi Ahmad Shukri berkata, antara saman dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh, mengubahsuai kenderaan serta pelbagai kesalahan trafik lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!