Enam projek atasi banjir di Kuala Lumpur siap
PUTRAJAYA - Enam daripada 10 pakej projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus bagi mengurangkan risiko banjir buruk di Kuala Lumpur telah siap.
Menteri Air dan Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, empat pakej lagi akan disiapkan pada tahun 2023 dan 2024.
"Komitmen Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) adalah mengurangkan risiko banjir buruk di ibu kota terutama di sekitar kawasan Jalan Tun Razak, Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Gurney, Jalan Sultan Yahya Petra dan Kampung Bharu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurutnya, reka bentuk keseluruhan projek yang menjangkau kos RM300 juta itu boleh menampung sehingga 750,000 meter padu air banjir.
"Saya berharap projek ini berkesan menangani banjir buruk di Kuala Lumpur dan memberi keselesaan hidup kepada rakyat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!