46 mangsa banjir di Sri Gading ditempatkan di PPS

Keadaan banjir di sekitar Sri Gading Batu Pahat.
Keadaan banjir di sekitar Sri Gading Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - [DIKEMAS KINI] Dianggarkan 46 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Sri Gading ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading di sini pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hujan lebat sejak jam 1.30 pagi selain fenomena air pasang besar yang berlaku jam 3 pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air.

Katanya, kejadian banjir melibatkan empat kawasan di Sri Gading iaitu di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Batu Sri Gading dan Pekan Seri Gading.

Pemantauan dilakukan anggota polis di lokasi banjir di Sri Gading Batu Pahat.
Pemantauan dilakukan anggota polis di lokasi banjir di Sri Gading Batu Pahat.

PPS telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gading, namun disebabkan ia dinaiki air, mangsa dipindahkan ke SMK Seri Gading.

"Anggaran jumlah mangsa terkini seramai 46 orang terdiri daripada 12 keluarga. Usaha membantu memindah mangsa sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS SMK Seri Gading.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS SMK Seri Gading.

Menurut Ismail, 25 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) menyertai operasi menyelamat.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini jalan-jalan utama yang menghubungi daerah Batu Pahat dengan lain-lain daerah masih lagi boleh dilalui oleh semua kenderaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!