Sinar Harian mohon maaf atas kesilapan papar gambar Ismail Sabri

Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi laporan berita bertajuk ‘Banduan tidak wajar diberi layanan istimewa’ yang disiarkan pada Selasa.

A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi laporan berita bertajuk ‘Banduan tidak wajar diberi layanan istimewa’ yang disiarkan pada Selasa.

Kenyataan tersebut adalah daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), tetapi menggunakan paparan gambar Ismail Sabri yang diambil daripada keratan berita lama.

Susun atur gambar berkenaan telah menimbulkan salah faham.

Justeru, pihak Sinar Harian telah mengambil tindakan sewajarnya dengan menukarkan gambar yang lebih sesuai dengan konteks.

Pihak Sinar Harian mengambil maklum akan kekhilafan berhubung perkara tersebut dan akan memastikan supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!