SPRM cari Low Yoke Keong

SPRM Serdang cari individu dikenali sebagai Low Yoke Keong.
SPRM Serdang cari individu dikenali sebagai Low Yoke Keong.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes SPRM.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, SPRM memaklumkan, individu yang dicari itu dikenali sebagai Low Yoke Keong berusia 34 tahun.

"Alamat terakhir individu tersebut adalah di Jalan Cheras, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Mohd Azizul Saari di talian 017-910 6623 atau e-mel kepada azizul.saari@sprm.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!