Maxis 5G Alliance terus berkembang

5G Alliance Maxis berkembang kepada 23 ahli dengan pelbagai inisiatif dilancarkan untuk mencipta dan mengkomersialkan kes penggunaan 5G.
5G Alliance Maxis berkembang kepada 23 ahli dengan pelbagai inisiatif dilancarkan untuk mencipta dan mengkomersialkan kes penggunaan 5G.
A
A
A

MAXIS bekerjasama dengan rakan kongsi 5G Alliance dalam inisiatif untuk mencipta dan mengkomersialkan kes penggunaan 5G serta penyelesaian Internet Benda (IoT) merentasi industri di Malaysia dan Asia Pasifik.

Sejak dilancarkan pada Jun 2022, sebanyak tujuh rakan kongsi baharu telah menyertai Maxis 5G Alliance iaitu Gamuda Land, Garuda Robotics, ITXOTIC, LinkUp Smart Solutions, Nokia, NVIDIA dan ZTE, sekali gus menjadikan jumlah ahli seramai 23 organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, Maxis memberikan komitmen untuk membawa 5G ke dalam negara dan teruja untuk memanfaatkan faedahnya kepada perniagaan untuk mengukuhkan daya saing Malaysia serantau.

“Komuniti 5G Alliance kami dijangka akan terus berkembang berasaskan kolaborasi terbuka dalam semua organisasi untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan inovasi. Ahli perikatan boleh memanfaatkan ekosistem ini, di mana kerjasama dan inisiatif mereka dapat memupuk inovasi serta mencapai nilai IR4.0 merentasi seluruh sektor ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, salah satu inisiatif, acara maya GSMA APAC –‘5G Ecosystem: Unlocking opportuities through strategic partnerships’ bakal diadakan pada 20 September ini.

“Maxis ialah rakan kongsi utama acara ini dan akan mengumpulkan pemimpin teknologi dan industri untuk memacu inovasi, perkongsian, dasar-dasar dan ekosistem.

“Dengan APAC merangkumi pasaran besar dengan peluang-peluang keemasan, acara ini bertujuan untuk menjadi pemangkin bagi sokongan serantau dalam mendidik industri dan mengukuhkan ekosistem melalui kerjasama dan sokongan,” katanya.

Peserta yang berminat boleh mendaftar untuk acara tersebut di https://bit.ly/5g-partnership.

Artikel Berkaitan:

Maxis bersama rakan kongsi Perikatan iaitu OMRON, mempamerkan Autonomous Mobile Robots yang dikuasakan oleh rangkaian generasi baru Maxis, sekali gus membolehkan kilang beroperasi setiap hari, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan keselamatan serta produktiviti pengeluar.

Maxis mempelawa perusahaan untuk meneroka keupayaan ini dan banyak lagi di Maxis Business Innovation Centre (MBIC) di Menara Maxis, Kuala Lumpur.

Antara inisiatif lain, Maxis, Huawei dan MIMOS mempercepatkan kes penggunaan industri yang digerakkan oleh 5G, IoT, Pengkomputeran Awan dan Kecerdasan Buatan (AI) di Hab Inovasi 5G dan AI di kampus MIMOS.

Hab ini berfungsi sebagai penciptaan bersama yang diuji untuk penyelidikan dan pembangunan serta inkubator untuk penyelesaian inovatif. Ini membolehkan perniagaan mengakses infrastruktur dan kemudahan yang dikuasakan oleh teknologi canggih.

Perusahaan digalakkan untuk menjadualkan lawatan ke hab di www.5g-ai-hub.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!