OBB hilang meninggal dunia akibat kencing tikus

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki merupakan Orang Bebas Berlesen (OBB) yang dipercayai menghilangkan diri dari tempat kerjanya di Padang Tembak di sini meninggal dunia pada Selasa akibat penyakit kencing tikus.

Mangsa berusia 37 tahun itu meninggal dunia pada jam 4.50 petang semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil semakan dengan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Kelantan mendapati mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Machang pada Isnin jam 5 petang akibat demam.

"Pada Selasa jam 2 pagi, OBB telah dipindahkan ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

"Selang 14 jam kemudian, OBB disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Krai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, jenazah OBB itu telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang lelaki merupakan OBB dicari pihak berkuasa selepas dipercayai menghilangkan diri dari tempat kerjanya di Padang Tembak di sini sejak Isnin.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, lelaki berusia 37 tahun itu disedari hilang oleh majikannya selepas mendapati OBB itu tidak ada di premis terbabit.

Artikel Berkaitan:

"OBB itu baharu dibebaskan dari Pusat Koreksional Machang sebulan lalu dan bekerja di premis terbabit ketika dalam tempoh pengawasan di bawah Program Pemulihan Dalam Komuniti.

"Dia menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah dan bakal dibebaskan sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!