Dua terbunuh, seorang cedera insiden tembakan di Thailand

Anggota polis dan tentera membuat rondaan selepas insiden tembakan di Maktab Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok hari ini. - Foto AFP
Anggota polis dan tentera membuat rondaan selepas insiden tembakan di Maktab Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok hari ini. - Foto AFP
A
A
A
BANGKOK - Dua anggota tentera maut manakala seorang cedera selepas ditembak dalam kejadian di Maktab Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok hari ini.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Jurucakap Tentera, Kolonel Sirichan Ngathong berkata, dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi (waktu tempatan) itu, Sarjan Mejar Yongyut Mungkornkim, 59, seorang kerani di maktab itu masuk ke pejabat pentadbiran dan menembak tiga individu.

"Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sirichan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai sejarah penyakit mental.

Suspek melarikan diri, bagaimanapun, dia ditahan kira-kira 10 pagi.
Artikel Berkaitan:


Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Nopparat Intarasunthorn dan Sarjan Mejar Prakarn Sinsong manakala Sarjan Mejar Youngyuth Panyanuwat mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!