Jual telur penyu secara haram guna platform Shopee

Tangkap layar memaparkan tindakan tidak beretika peniaga yang menjual telur penyu secara haram menggunakan platform Shopee yang dikongsikan Mohd Uzair pada Rabu.
Tangkap layar memaparkan tindakan tidak beretika peniaga yang menjual telur penyu secara haram menggunakan platform Shopee yang dikongsikan Mohd Uzair pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Masih ada peniaga yang berdegil dan enggan mematuhi pengharaman sepenuhnya penjualan semua jenis telur penyu dengan menjualnya melalui platform jualan dalam talian, Shopee.

Perkara itu didedahkan Ketua Makmal Penyelidikan Luar Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli melalui status yang dikongsi di laman sosial Facebooknya, pada Rabu.

"Untuk pengetahuan semua, Shopee sangat peka terhadap sebarang penjualan yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan dan mereka juga pernah menyekat beberapa akaun penjual telur penyu pada 2020.

"Tindakan peniaga tidak bertanggungjawab peniaga ini seolah-olah mencabar undang-undang negara. Jadi, saya menyeru orang ramai untuk sama-sama membuat aduan kepada Shopee mengenai tindakan tidak beretika peniaga ini," katanya ketika dihubungi, di sini pada Khamis.

Hasil semakan terhadap akaun peniaga Shopee yang menggunakan nama 'daynif9400' itu mendapati ia memaparkan jualan telur penyu dengan harga lebih murah iaitu RM7.50 sebiji atau RM6.90 (sebiji) bagi pembelian borong melebihi 15 biji.

Pemilik akaun Shopee itu turut berkongsi kaedah memasak telur penyu serta beberapa tips untuk pembeli menikmati telur hidupan marin tersebut.

Selain itu, peniaga berkenaan turut memperkenalkan telur penyu yang dijualnya itu sebagai telur dari dasar laut Terengganu (dalam pasir pantai).

Penjualan telur penyu di Terengganu telah diharamkan sepenuhnya bermula 1 Jun lalu setelah Terengganu dengan sebulat suara telah meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) untuk mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung pada November 2021.

Artikel Berkaitan:

Pindaan itu antara lain mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan penyu, dengan menetapkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu, iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini.

Pengharaman sepenuhnya jualan telur eksotik itu bagi menjaga kelestarian haiwan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!