Suami isteri tanam wang 8 juta euro elak bayar cukai
ROM - Sepasang suami isteri mengaku mengelak membayar cukai selepas wang tunai berjumlah lapan juta euro (kira-kira RM36.17 juta) dijumpai ditanam di tanah persendirian milik mereka di Franciacorta.
Pasangan terbabit membuat pengakuan berkenaan menerusi peguam mereka ketika perbicaraan di hadapan Hakim pada Rabu.
Menurut Agensi Berita Itali (ANSA), pasangan itu ditahan dan dibawa ke penjara selepas syarikat mereka disyaki mengeluarkan invois palsu sebanyak 500 juta euro dan mengelak membayar cukai sebanyak 93 juta euro. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!