UiTM gerak Briged Sukarelawan bantu hadapi banjir

Roziah (enam dari kanan) mengiringi Naib Canselor Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Profesor Dr Massila Kamalrudin (enam dari kiri) pada Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasisiwi Kebangsaan di UiTM Puncak Alam pada malam Rabu.
Roziah (enam dari kanan) mengiringi Naib Canselor Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Profesor Dr Massila Kamalrudin (enam dari kiri) pada Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasisiwi Kebangsaan di UiTM Puncak Alam pada malam Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menggerakkan Briged Sukarelawan yang terdiri dalam kalangan penuntut universiti itu bagi menghadapi kemungkinan banjir besar pada penghujung tahun ini

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, UiTM Puncak Alam sahaja mempunyai 300 sukarelawan dan jumlah itu tidak termasuk wakil penuntut lain di setiap 34 kampusnya di seluruh negara.

Menurutnya, Briged Sukarelawan itu ditugaskan bagi memantau pergerakan dan membantu warga universiti sekiranya terjejas banjir.

"Kejadian banjir besar pada tahun lalu misalnya tidak melibatkan UiTM kerana bangunan universiti berada di kedudukan tinggi tetapi ada penuntut dan tenaga pengajar universiti terjejas kerana menetap dan tinggal di kawasan rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasisiwi Kebangsaan di UiTM Puncak Alam pada malam Rabu.

Roziah memberitahu, pasukan sukarelawan yang ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu akan diaktifkan selama 24 jam menerusi bilik operasi yang disediakan.

"Sewaktu banjir melanda, kita sememangnya tidak bersedia dan mengharungi kesulitan untuk menguruskan warga UiTM yang terjejas.

Justeru katanya, daripada pengalaman banjir tahun lalu, UiTM bersiap siaga sepenuhnya menghadapi situasi seumpama itu jika kejadian sama berulang.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap penubuhan briged itu turut memberi peluang kepada penuntut UiTM menanam semangat sukarelawan untuk berbakti kepada komuniti," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!