120 mangsa lapor polis, tuntut rugi

Peguam Kamaruddin Ahmad (dua, kanan) yang mewakili 120 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim ketika ditemui dalam sebuah sidang media ketika hadir membuat laporan Polis mengenai tuntutan anak guam terhadap kes tersebut di Balai Polis Daerah Seri Alam hari ini. - Foto Bernama
Peguam Kamaruddin Ahmad (dua, kanan) yang mewakili 120 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim ketika ditemui dalam sebuah sidang media ketika hadir membuat laporan Polis mengenai tuntutan anak guam terhadap kes tersebut di Balai Polis Daerah Seri Alam hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 120 individu membuat laporan polis hari ini berhubung bencana pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang bulan lepas.

Laporan masing-masing daripada penduduk di sekitar Taman Pasir Putih, Pasir Gudang Baru, Cahaya Baru dan Taman Scientex itu dilakukan mulai 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, merangkumi tuntutan ganti rugi berhubung kejadian itu.

Peguam yang mewakili kesemua individu tersebut, Kamarudin Ahmad berkata, asas saman tuntutan ganti rugi di atas kecuaian pihak berkuasa dan pemilik kilang yang menjadi dalang kepada pencemaran itu akan dibuat pada Jun depan.

Beliau berkata, tuntutan itu akan dibuat setelah pihaknya mendapat kesemua maklumat termasuk laporan kesihatan yang penuh terhadap kesemua anak guamnya.

“Tuntutan saman ganti rugi ini adalah tertumpu kepada kos perbelanjaan dari segi perubatan, perjalanan dan pemeriksaan kesihatan yang perlu ditanggung mangsa.

Kamarudin memberitahu pemberita, tuntutan yang dibuat juga mengambil kira kesan jangka panjang yang mungkin dialami mangsa semenjak bencana pencemaran sisa kimia itu melanda pada 7 Mac lepas.

“Di kalangan mereka mengalami simptom seperti sesak nafas, sesak dada, muntah-muntah dan pengsan.

“Saya juga ada berjumpa dengan satu keluarga ini yang anaknya ada masalah urat saraf sehingga kakinya tidak boleh jalan, kita bimbang kesan jangka panjang,” katanya.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!