Mangsa banjir di Sri Gading meningkat kepada 255 orang

PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading.
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading.
A
A
A

BATU PAHAT - Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading dekat sini meningkat kepada 255 orang setakat jam 8 malam Khamis, berbanding 204 yang direkodkan pagi tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor, terdapat peningkatan mangsa dari Kampung Baru Sri Gading, antara lima kawasan yang terjejas banjir.

Setakat ini, sebanyak 72 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading.

Turut terjejas penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.

Pada Rabu, hujan lebat tanpa henti berlaku di daerah itu dari jam 1.30 hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan air pasang. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!