Pengawal pengsan ketika berdiri di tepi keranda Ratu Elizabeth II

Gambar menunjukkan detik-detik seorang pengawal diraja rebah dan pengsan di tepi keranda menduang Ratu Elizabeth II di Westminster Hall, London pada Rabu lalu. - Foto Disclose TV/Twitter
Gambar menunjukkan detik-detik seorang pengawal diraja rebah dan pengsan di tepi keranda menduang Ratu Elizabeth II di Westminster Hall, London pada Rabu lalu. - Foto Disclose TV/Twitter
A
A
A

LONDON - Seorang pengawal diraja pengsan semasa berdiri di tepi keranda bekas pemerintah England, Ratu Elizabeth II di Westminster Hall, London pada Rabu.

Kejadian dirakam secara langsung dan disiarkan di televisyen itu juga menunjukkan dua lagi anggota pihak berkuasa bergegas untuk membantunya selepas dia rebah serta pengsan ketika sedang bertugas.

Ketika dia rebah, seorang pengawal yang berdiri di sebelah kirinya tidak memberikan sebarang bantuan kepadanya.

Pengawal itu sebaliknya terus berdiri tegak di tepi keranda tersebut.

Dua orang lagi anggota pihak berkuasa beruniform kemudian bergegas ke arahnya dan membantu pengawal yang rebah itu.

Siaran televisyen itu tidak menunjukkan apa yang berlaku seterusnya kerana ia kemudian mengalihkan kamera ke bahagian luar bangunan ketika beribu-ribu orang berbaris dan memberikan penghormatan terakhir terhadap mendiang ratu.

Ratu Elizabeth II itu mangkat selepas kesihatannya merosot di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September lalu ketika berusia 96 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!