Rodríguez kembali gegar Eropah bersama Olympiakos

James Rodríguez
James Rodríguez
A
A
A

TONGGAK tengah Colombia, James Rodríguez kembali mewarnai bola sepak Eropah apabila menyertai kelab sensasi liga Greece, Olympiakos Piraeus pada Khamis.

Kelab Olympiakos mengumumkan merekrut bintang bola sepak bertaraf dunia itu yang sebelum ini berkhidmat sebentar untuk kelab liga Qatar, Al-Rayyan.

"Kehadiran James Rodríguez akan memperkuatkan lagi cabaran kelab Olympiakos dalam saingan domestik dan Eropah," kata kelab itu.

Olympiakos kini menghuni tangga ketiga liga utama Greece dengan lapan mata - empat mata di belakang pendahulu Panathinaikos juga bersaing di pentas Liga Europa musim ini.

Bagaimanapun, Olympiakos tidak mendedahkan butiran kontrak pemain berusia 31 tahun itu.

Rodriguez sebelum ini mencipta sensasi bersama FC Porto, AS Monaco dan Real Madrid, mengakhiri perjalanan karier 11 tahun di Eropah dengan noktah mengecewakan dengan Everton di Goodison Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau yang mempunyai 86 penampilan dan menjaringkan 24 gol bersama Colombia pernah memenangi Kasut Emas Piala Dunia Brazil 2014 apabila menjaringkan enam gol dalam temasya berprestij bola sepak dunia itu.

Di Santiago Bernabeu, Rodriguez menabur khidmat dari 2014 hingga 2020 dengan tempoh pinjaman dua tahun ke jagoan Bundesliga Jerman, Bayern Munich.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Rodriguez akan bersatu semula dengan pemain pertahanan Brazil, Marcelo bekas rakan sepasukan di Real Madrid yang awal bulan ini direkrut Olympiakos.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!