Ibu beri anak minum cecair peluntur dihukum mati

Nattiwan (tengah) diberkas pada Mei 2020 selepas anak angkatnya (gambar kecil) meninggal dunia pada 12 Ogos 2019. - Foto Chiangraitimes
Nattiwan (tengah) diberkas pada Mei 2020 selepas anak angkatnya (gambar kecil) meninggal dunia pada 12 Ogos 2019. - Foto Chiangraitimes
A
A
A

BANGKOK - Seorang wanita di Thailand dijatuhi hukuman mati selepas disabit bersalah atas tuduhan mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri, membunuh dan cubaan membunuh serta penipuan.

Hukuman mati ke atas Nattiwan Rakkunjet yang juga ibu kepada dua anak disyorkan oleh pendakwa raya.

Menurut keterangan mahkamah, Nattiwan sengaja meracun anak angkatnya berusia empat tahun pada April 2015 menggunakan cecair peluntur hanya untuk meraih simpati dan kutipan derma awam di Bangkok.

Dia mengambil mangsa sebagai anak angkat pada tahun sama.

Keadaan kesihatan kanak-kanak perempuan itu semakin merosot dan kerap dimasukkan ke hospital kerana sering muntah darah yang menyebabkan kematiannya pada 12 Ogos 2019.

Nattiwan turut memberikan makanan beracun kepada anak kandungnya sendiri yang berusia 2 tahun dari September 2017 hingga Mei 2020.

Selepas meracuni mangsa, Nattiwan menyiarkan gambar anak-anaknya yang lemah di Facebook untuk meraih simpati dan sumbangan awam kononnya bertujuan bagi menanggung kos rawatan hospital.

Wanita kejam dan tidak berhati perut itu ditahan pada 18 Mei 2020.

Artikel Berkaitan:

Di sebalik pengakuan bersalahnya, mahkamah tidak mempertimbangkan untuk mengurangkan hukuman.

Mahkamah turut mengarahkan Nattiwan memulangkan semula sumbangan berjumlah 42,000 baht (RM5,149) kepada penderma.

Sebelum ini, beberapa pihak tampil mendakwa bahawa Nattiwan pernah melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu ke atas mangsa yang berbeza sehingga menyebabkan kematian. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!