Bagnaia tidak mahu hilang fokus

Bagnaia mahu teruskan momentum kemenangan di podium. - Foto Ducati
Bagnaia mahu teruskan momentum kemenangan di podium. - Foto Ducati
A
A
A

PELUMBA Ducati, Francesco Bagnaia tidak mahu kehilangan fokus bagi meneruskan momentum cemerlang pada Grand Prix (GP) Aragon hujung minggu ini dengan mengekalkan kedudukan podium buat kali keenam musim ini.

Malah menurut pelumba Itali berusia 25 tahun itu dia mahu meneruskan rekod baiknya sejak muncul pemenang bagi empat perlumbaan terdahulu.

“Kedudukan saya dengan pendahulu Fabio Quartararo masih agak jauh, namun tidak mustahil untuk terus meraih kemenangan dan menghampirinya secara perlahan-lahan.

“Namun dalam masa sama saya diekori rapat pelumpa Aprillia, Aleix Espargaro yang hanya berbeza beberapa mata.

“Apapun, saya perlu kekalkan fokus kali ini dalam usaha memastikan momentum kemenangan berterusan,” katanya.

Untuk rekod, Bagnaia memenangi Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen pada 26 Jun; GP British, di Litar Silverstone (7 Ogos); GP Austria di Litar Red Bull Ring (21 Ogos) dan GP Itali di Litar Mugello pada 4 September lalu.

Sebelum itu, Bagnaia turut memenangi GP Sepanyol di Litar Jerez, pada 1 Mei dan GP Itali di Ligar Mugello, 29 Mei lalu.

Mengulas mengenai kehadiran semula bekas juara dunia, Marc Marquez pada saingan GP kali ini Bagnaia berkata, ia semakin menyemarakkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik pada perlumbaan kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Tidak nafikan, Marquez merupakan pelumba yang saya kagumi dan hormati.

“Namun ketika ini kita bercakap mengenai kemenangan dan sudah tentu saya tidak mahu mensia-siakan peluang untuk menamatkan perlumbaan kali ini pada kedudukan podium,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!