Bapa tidak sangka sambut bayi Hari Malaysia
JOHOR BAHRU - Pengurus kewangan dan isteri tidak menyangka bakal menyambut kelahiran bayi pada Hari Malaysia.
Teo Yin Biau, 38, yang bekerja di Kuala Lumpur dan isteri, Nittaneth Thampradit, 33, warganegara Thailand menyambut kelahiran bayi kedua mereka pada jam 1.40 pagi, pada tarikh istimewa 16 September.
"Sepatutnya jangkaan bersalin pada 22 September depan, keluar lebih awal seminggu.
"Bayi perempuan seberat 3.2 dilahirkan secara normal, semuanya lancar dan berasa gembira," kata Yin Biau ketika ditemui di Hospital Pakar KPJ Puteri di sini pada Jumaat.
Kelahiran bayi kedua pasangan ini disambut Doktor Ding Kec Chuan di hospital pakar berkenaan.
Sebanyak tiga kelahiran bayi sempena Hari Malaysia direkodkan di Hospital Pakar KPJ Puteri sehingga jam 3 petang Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!