Ratu Elizabeth II: Perak kibar bendera separuh tiang

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama tiga hari sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II, pada 9 September lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, bendera Perak dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu ini sehingga selesai istiadat permakaman pada Isnin depan.

"Atas semangat menghargai hubungan baik dengan istana dan negeri Perak, Sultan Perak telah menitahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.

"Titah itu juga adalah sebagai tanda menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

"Menjunjung titah tersebut, bendera negeri hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu, 17 September sehingga selesai istiadat permakaman pada Isnin, 19 September 2022," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun pada 9 September lalu seperti diumumkan Istana Buckingham.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!