Azeem raja pecut Sukma MSN 2022
PELARI sensasi, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak menepati ramalan apabila mengungguli acara 100 meter (m) sekali gus dinobatkan sebagai raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi (Jumaat).
Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan 10.25 saat (s).
Pingat perak menjadi milik pelari Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).
Sebagai rekod, rekod temasya dilakar oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukma 2016 di Sarawak.
Rekod kebangsaan dipegang Azeem pula dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dengan catatan 10.09s.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!