Hibah TH: PH pilih untuk tidak menipu!
SEREMBAN - Kerajaan PH memilih untuk menunaikan janji berbanding menipu apabila mengumumkan jumlah hibah Tabung Haji (TH) yang rendah.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana rakyat perlu sedar keadaan kewangan tabung itu selepas PH mengambil alih daripada pentadbiran terdahulu.
"Ada yang kata zaman BN dulu dapat 6 peratus (jumlah hibah) tapi sekarang (zaman PH) hanya dapat 1 peratus.
ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus
"Tapi kita sekarang (kerajaan) ada pilihan. Kita nak tipu akaun supaya orang seronok atau tunai janji kita (membaiki kerosakan)," katanya ketika berucap pada program Santai Bersama Veteran Tentera di Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, rakyat perlu sedar jumlah hibah yang diumumkan semalam itu merupakan paling rendah pernah diterima dalam sejarah penubuhan TH disebabkan oleh pengurusan tidak betul oleh kerajaan terdahulu.
"Saya yakin kalau pengurusan (kerajaan terdahulu) itu baik, mustahil (TH) rugi," katanya.
Semalam, TH mengumumkan agihan hibah atau bonus sebanyak 1.25 peratus kepada semua 9.3 juta pendepositnya bagi tahun kewangan 2018 membabitkan agihan keseluruhan RM913 juta.
Ini bermakna ia agihan hibah terendah diagihkan badan pengurusan haji itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!