Zuraida nafi akar umbi BN tolak PBM
16 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 16 SEPTEMBER 2022 Parti Bangsa Malaysia menafikan dakwaan terdapat ahli akar umbi Barisan Nasional di beberapa negeri menolak parti baharu itu menjadi komponen BN. Presiden Pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata setakat ini perbincangan mengenai perkara itu berjalan lancar. Datuk Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, beliau yakin rakyat dapat menerima PBM sekali gus dapat memenangi kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRU15. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #Beritasemasa #SinarHarian