Kutipan zakat catat peningkatan
Zakat pendapatan paling tinggi dibayar oleh orang Islam
SHAH ALAM - Pusat pungutan zakat di seluruh negara menunjukkan prestasi cemerlang apabila statistik jumlah kutipan zakat setiap negeri secara purata mencatatkan peningkatan sejak enam tahun lalu.
Jumlah kutipan tersebut juga direkodkan tidak mengalami penyusutan meskipun negara dilanda pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan pendapatan rakyat.
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, tahap kesedaran terhadap zakat dan penjanaan pendapatan yang lebih baik dalam kalangan umat Islam merupakan antara faktor yang mendorong kepada peningkatan jumlah kutipan zakat di negara ini.
Baca berita penuh Kutipan zakat catat peningkatan di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!