Konflik Rusia-Ukraine pada tahap kritikal

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KHARKIV - Tentera Ukraine melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia dan menawan semula lebih banyak penempatan di wilayah Kharkiv, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Rusia mara berhampiran ibu negara Ukraine, Kyiv pada 1 Mac, menawan bandar Kherson, serta bandar-bandar lain termasuk Irpin dan Bucha.

Askar Rusia turut menguasai Chernobyl serta menyerang Chernihiv dan mengepung bandar Kharkiv, Sumy dan Mariupol.

Menjelang 15 Jun, tentera Ukraine menawan semula kawasan sekitar Kyiv dan Sumy serta kawasan berhampiran.

Rusia menempatkan kebanyakan tenteranya di wilayah Kharkiv dan Kherson.

Mariupol, di bahagian Laut Azov Ukraine, turut berada di bawah kawalan Rusia.

Pada 29 Ogos, Ukraine melancarkan serangan balas untuk membebaskan Kherson dan menguasai semula perkampungan di rantau itu.

Menjelang September, tentera Ukraine melancarkan serangan balas untuk menawan semula Kharkiv, bandar kedua terbesar di negara itu.

Artikel Berkaitan:

Selain bandar-bandar utama seperti Izium, Balakliya dan Kupyansk, pentadbiran Kyiv berjaya menawan semula lebih 300 penempatan.

Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata tenteranya menawan semula 6,000 kilometer persegi wilayahnya bulan ini dan menggesa Barat mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Moscow serta mempercepat penghantaran sistem senjata.

Sementara itu, Rusia kini mengawal wilayah Donbas, pantai Laut Azov dan Kherson. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!