Sukma MSN: Andre pertahankan pingat emas lompat kijang

Andre gembira selepas berjaya meraih emas dalam acara lompat kijang lelaki akhir dengan lompatan sejauh 16.43 meter pada Sukan Malaysia (SUKMA) Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Bernama
Andre gembira selepas berjaya meraih emas dalam acara lompat kijang lelaki akhir dengan lompatan sejauh 16.43 meter pada Sukan Malaysia (SUKMA) Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

ATLET lompat kijang kebangsaan, Andre Anura Anuar berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi lalu apabila mengungguli acara itu sebentar tadi.

Andre yang mewakili negeri Sabah melakukan lompatan sejauh 16.43 meter (m) untuk meraih emas dengan pingat perak dimenangi Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi dari Selangor (15.56 m) manakala gangsa dimiliki wakil Sarawak, Brendon Ting Li King (15.14 m).

Andre berkat, memang menyasarkan untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya pada 2018 sebelum ini.

“Untuk lompatan kali ini, saya berpuas hati dengan lompatan yang dicatatkan iaitu lebih 16.4m.

"Kali terakhir saya buat catatan seperti ini pada Sea Games yang lalu,” katanya.

Ketika ditanya perancangannya selepas ini, Andre memutuskan untuk berehat daripada menyertai sebarang kejohanan dan mahu memfokuskan untuk fasa ‘conditioning’.

Jelasnya, sasaran selepas ini adalah untuk mengekalkan pingat emas dimenanginya sambil berharap mampu untuk memcahkan rekod kebangsaan di Sukan Sea Kemboja.

“Selepas Sukma ini, saya fokus untuk latihan 'conditioning'. Pada tahun hadapan saya akan banyak menyertai kejohanan luar antaranya Sukan Sea, Sukan asia dan Sukan Universiti Dunia.

Artikel Berkaitan:

“Jadi saya ambil keputusan untuk rehat awal. Selepas ini saya sasar untuk kekalkan pingat emas dan mahu pecah rekod kebangsaan di Sukan Sea Kemboja nanti,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!