Segerakan projek tebatan banjir: MB Selangor

Amirudin (kiri) meninjau kolam takungan banjir Taman Eko Ara Damansara, pada Ahad.
Amirudin (kiri) meninjau kolam takungan banjir Taman Eko Ara Damansara, pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan negeri memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menyegerakan beberapa projek tebatan banjir sebagai persediaan menghadapi situasi hujan luar jangka.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mengikut pelan, projek tersebut dijangka bermula Januari depan namun berharap dilaksanakan pada November tahun ini menerusi peruntukan kerajaan negeri diluluskan sebanyak RM700 juta.

Menurutnya, projek itu melibatkan kawasan Taman Sri Muda, Jalan Meru dan Damansara yang menjadi titik panas lokasi banjir.

"Kalau boleh kerajaan negeri ingin percepatkan projek tersebut kerana bajet telah disediakan cuma proses perolehan yang mengambil masa.

"Kalau kita buat perancangan secara terus, bimbang akan mencetuskan kontroversi namun ia penting dipercepatkan, tambahan pula amaran hujan pada November," katanya ketika sambutan Hari Sungai Sedunia di Taman Eko Ara Damansara, pada Sabtu.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Haris Kasim; Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim dan Pengarah JPS Selangor, Mohamad Nazif Daud.

Pada perkembangan sama Amirudin berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada aspek kelestarian sungai supaya fungsinya dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Secara keseluruhan hampir setiap dua ke tiga bulan, kita akan mendapatkan laporan kualiti air di lembangan dari Sungai Bernam hingga Sungai Klang sepanjang 761. 503 kilometer (km) dengan keluasan 8,576. 19 km.

Artikel Berkaitan:

"Antara kawasan belum sepenuhnya boleh dijadikan sumber air adalah Sungai Klang yang masih di kelas tiga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!