Gerakan Pulau Pinang hasrat tanding 13 kerusi DUN

Dominic (tengah) dan Tong Keong (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang pada Sabtu.
Dominic (tengah) dan Tong Keong (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang pada Sabtu.
A
A
A

GEORGETOWN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berhasrat untuk bertanding di lebih 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lebih empat kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, semua bakal calon dan kawasan telah dikenal pasti dan dijalankan saringan.

Menurut beliau, pihaknya akan turun padang untuk mengetahui sama ada calon yang dipilih menjalankan amanah atau sebaliknya.

"Kita akan turun padang membuat 'survey' sama ada mereka (calon) dipilih ini buat kerja seperti yang diharapkan atau tidak.

"Sekiranya laporan diterima daripada masyarakat berbeza daripada diberikan calon, kita akan membuat pertimbangan semula mengenainya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Dominic berkata, jawatankuasa pusat menerapkan tiga kriteria penting yang melayakkan seseorang itu menjadi calon iaitu boleh diterima masyarakat, berkemampuan dan boleh menang.

"Kita juga ada menjemput rakan-rakan perjuangan yang lama seperti bekas ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pengerusi negeri untuk memberi pandangan serta nasihat kepada parti dalam menghadapi PRU15," tambahnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, kesemua senarai nama calon bagi negeri itu telah diserahkan kepada pusat.

Artikel Berkaitan:

"Semuanya terserah kepada jawatankusa pusat parti untuk membuat rundingan dengan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

"Dari pihak kami, semuanya sudah bersiap sedia," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, antara isu besar dibangkitkan ketika ini adalah banjir yang berlarutan, kesesakan lalu lintas dan perumahan kos rendah.

"Kerajaan DAP sudah 14 tahun memerintah negeri ini tetapi mereka masih tidak dapat menyelesaikan isu-isu serius ini yang telah menyusahkan rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!