Rekod tanpa kalah Bayern lebur di Augsburg

Berisha penjaring gol tunggal perlawanan Augsburg menentang Bayern dalam perlawanan liga di WWK Arena. - Foto Agensi
Berisha penjaring gol tunggal perlawanan Augsburg menentang Bayern dalam perlawanan liga di WWK Arena. - Foto Agensi
A
A
A

JUARA Bundesliga, Bayern Munich dianggap gagal menjelmakan petanda positif ketika tunduk 0-1 kepada kelab kerdil Augsburg dalam perlawanan liga di WWK Arena.

Malah tonggak sensasi Bayern, Thomas Mueller tanpa berselindung mengakui prestasi pada perlawanan itu bukan penampilan sebenar pasukan yang mendominasi liga selama sedekad.

“Sesuatu yang mengejutkan dan seharusnya kami berasa malu selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Sejujurnya saya tidak boleh membincangkan mengenai perkara positif dalam perlawanan ini yang sememangnya bukan karakter Bayern sebenar selama ini.

"Jika anda menganalisis pasukan pada perlawanan ini, kami boleh muncul pemenang berdasarkan deretan percubaan yang dijelmakan sepanjang 90 minit perlawanan.

"Namun jika anda tidak menterjemahkan setiap percubaan itu dalam bentuk jaringan, bermakna anda akan keluar dari sini tanpa sebarang mata,” kata Mueller.

Pada perlawanan itu, jaringan minit ke-59, Mergim Berisha sudah cukup menghadirkan kekalahan pertama liga kepada skuad Julian Nagelsmann yang menguasai 77 peratus aksi di laman lawan tersebut.

Keputusan itu menyaksikan Bayern yang menduduki tangga keempat Bundesliga dengan 12 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan, sekadar seri tiga kali berturut-turut dan tewas sekali daripada empat perlawanan terakhir liga.

Artikel Berkaitan:

Bayern yang juga tiga mata di belakang pendahulu Borussia Dortmund, dijadualkan menanti kunjungan Bayer Leverkusen dalam perlawanan seterusnya pada 1 Oktober ini.

Untuk rekod, pengakhiran menentang anak buah Enrico Maaben itu juga merupakan kali pertama dalam 87 perlawanan Bayern gagal menjaringkan gol dalam aksi liga.

Ia juga buat pertama kali dalam 20 tahun pasukan itu mengharungi empat perlawanan liga tanpa kemenangan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!