Elena tempah slot final di Portoroz
JUARA Wimbledon, Elena Rybakina menepati ramalan apabila mudah mengalahkan Ana Bogdan dengan straight set untuk mara ke pentas final saingan WTA di Portoroz pada Ahad.
Pemain di ranking ke-25 dari Kazakhstan itu menang 6-1, 6-1 untuk layak ke perlawanan akhir ketiganya musim ini.
Elena tewas kepada pemain Australia, Ashleigh Barty dalam aksi final di Adelaide kepada Januari lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu kemudian melakar kejutan di Grand Slam pada Julai apabila mengecewakan Ons Jabeur pada pentas final di Wimbledon.
Elena bermula sukar di Terbuka Slovenia itu apabila memerlukan 3 jam 20 minit untuk menumpaskan pemain ranking ke-173, Laura Siegemund di pusingan pertama.
Bagaimanapun pemain kelahiran Rusia itu mempunyai masa untuk pulih apabila lawannya di suku akhir Lesia Tsurenko dari Ukraine menarik diri sebelum perlawanan.
Elena akan memburu gelaran kedua tahun ini dan keempat dalam kariernya, menentang wakil Republik Czech, Katerina Siniakova yang menewaskan Anna-Lena Friedsam dari Jerman 6-1, 7-5.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!