Messi, Ramos dijangka kekal bersama PSG
TONGGAK Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi dijangka kekal bersama kelab itu pada musim depan.
Pengarah Sukan PSG, Luis Campos berkata, pihaknya kini sedia untuk membuka rundingan bersama kedua-dua pemain itu dalam beberapa bulan akan datang.
"Saya sangat gembira dengannya (Messi) selepas melalui musim sukar yang lalu. Selepas menjadi ikon di Barcelona selama 20 tahun, dia membuat perubahan besar dalam hidupnya, berkelana ke tempat yang berbeza, dalam liga yang berbeza.
“Sekarang kita mula melihat Leo yang akan mencapai tahap yang kita biasa tengok. Adakah dia akan memperbaharui kontraknya? Kami perlu menang banyak tetapi harap dia dapat kekal,” katanya.
Tambah Campos lagi, selain Messi, pihaknya juga akan mengadakan rundingan kontrak baharu bersama pertahanannya, Sergio Ramos bagi memastikan pemain itu kekal di PSG pada musim hadapan.
“Saya juga sangat gembira dengan Ramos. Tetapi dia tidak berpuas hati dengan persembahannya musim lalu. Saya mengenali rapat Sergio, saya pernah bertemu dengannya di Real, dia akan mengharungi musim yang sangat baik.
"Dia banyak membuat kemajuan untuk kelab. Perjanjian baharu? Kenapa tidak," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!