Nostalgia Bola Sepak Bendang

No Image Caption
A
A
A
'LANYAK' BENDANG... Kanak-kanak Kampung Kota Aur, Kepala Batas menunjukkan bakat mereka semasa mengambil bahagian dalam acara Bola Sepak Bendang Kain Pelikat di bendang Kota Aur di sini.



Para peserta dikehendaki memakai kain pelikat semasa mengambil bahagian dalam acara bola sepak bendang.

Sukan bola sepak ini diadakan bagi memertabatkan semula aktiviti tradisional kepada generasi baru seterusnya memperkenalkan aktiviti ini kepada pelancong dalam dan luar negara. Main bola dalam bendang yang berselut ini sangat mencabar kerana setiap pergerakan memerlukan kekuatan kaki dan tangan. 



Nostalgia sukan kampung ini kebiasaannya dimainkan masyarakat kampung selepas musim menuai padi. Permainan ini adalah salah satu acara menarik yang dianjurkan pada Program Visit My Kampung Homestay Kota Aur@PERDA. 

Beberapa aktiviti di bendang juga diadakan bagi menarik minat para pelancong untuk mengunjungi perkampungan yang kaya dengan pemandangan hijau. Ia sekaligus diharap dapat memberi suntikan kepada pengusaha-pengusaha inap desa agar dapat kembali beroperasi dengan lebih aktif.

 - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia