Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Mawilla
LABUAN - Bangkai seekor anak penyu hijau ditemukan orang ramai di Pantai Mawilla di sini, petang Sabtu.
Penyu berukuran 45 sentimeter (cm) panjang dan 33cm lebar itu mempunyai bekas kecederaan pada badan, berkemungkinan akibat terkena kipas bot.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr Marysia James Abie berkata, punca kematian haiwan itu tidak dapat dikenal pasti kerana ia sudah terlalu lama mereput melebihi 72 jam.
Kali terakhir penyu hijau terdampar di pulau ini ialah di Pantai Layang-Layangan pada 7 Sept, 2021 yang ditemukan tanpa kepala dan ekor. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!