Jamal rebah, dikejar ke hospital

Jamal dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Jamal dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dikejarkan ke hospital selepas rebah dalam satu program parti itu di Sungai Besar pada Sabtu malam.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan baharu sahaja pulih dari penyakit kanser paru-paru dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Anaknya, Amin Daniel, 22, berkata, keadaan bapanya itu stabil dan sedang dipantau rapi oleh doktor pakar hospital berkenaan.

"Pihak hospital masih menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti punca sebenar kesihatannya merosot.

"Ayah (Jamal) secara tiba-tiba rebah ketika menghadiri program itu dan saya sendiri membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Pada 4 Ogos lalu, media melaporkan setelah berbulan terlantar di hospital dan merahsiakan apa yang dirasai setahun lalu, Jamal menyifatkan dirinya sebagai 'mati hidup kembali' apabila pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!