Gerakan jangka PRU15 tidak berlaku tahun ini

Dominic Lau (dua kiri) bersama kepimpinan Gerakan Pulau Pinang.
Dominic Lau (dua kiri) bersama kepimpinan Gerakan Pulau Pinang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan tidak diadakan pada tahun ini kerana faktor kesuntukan masa.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, malah beliau juga difahamkan beberapa negeri di bawah pimpinan Pas dan Pakatan Harapan tidak menyokong pembubaran jika ia berlaku tahun ini.

Namun sekiranya Parlimen dibubarkan pada tahun ini, beliau berkata, Gerakan bertekad untuk tidak mengulangi kelemahan pernah dilakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

"Gerakan akan cuba mengelak daripada melakukan kelemahan yang sama dan berjanji ia akan diubah menjadi kekuatan untuk parti.

“Ini kerana PRU15 amat penting bagi kami (Gerakan) jadi sebagai presiden saya akan memastikan kelemahan itu tidak akan diulangi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong meminta jawatankuasa pusat membuat pertimbangan untuk berbincang dengan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (mengenai penggunaan bendera Gerakan).

“Saya meminta untuk Gerakan Pulau Pinang menggunakan bendera kami sendiri untuk bertanding pada PRU15 nanti.

“Ini kerana ramai rakyat Pulau Pinang berpendapat kami masih lagi dalam BN. Bendera PN dan (BN) agak sama jadi ia juga boleh menjadi punca penolakkan rakyat pada kami pada PRU15 nanti,” tegas beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!