Penuntut Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir
PUTRAJAYA - Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan pada Ahad malam, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes itu.
Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu menerusi kedutaannya dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!