Marquez mohon maaf kepada Quartararo, Nakagami

Marc Marquez - Foto Autosport
Marc Marquez - Foto Autosport
A
A
A

BEKAS juara dunia, Marc Marquez memohon maaf kepada pendahulu musim ini, Fabio Quartararo dan juga kepada pelumba LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami atas kemalangan yang menimpa kedua-dua pelumba berkenaan pada saingan Grand Prix (MotoGP) Aragon, pada Ahad.

Menurut Marquez, permohonan maaf itu dibuat berikutan kedua-dua pelumba berkenaan mengalami kemalangan apabila ‘bergesel’ dengan jenteranya.

“Bagi saya kedua-dua kemalangan berkenaan merupakan insiden yang biasa berlaku, namun pada ketika itu (pusingan ketiga), Quartararo berada begitu hampir dengan saya.

“Di pusingan ketujuh pula, Nakagami sebenarnya cuba untuk memintas saya namun dia mengalami kemalangan apabila gagal berbuat demikian.

Insiden kemalangan melibatkan Takagami (30) dan Marquez (93) pada GP Aragon, pada Ahad. - Foto gridOto
Insiden kemalangan melibatkan Takagami (30) dan Marquez (93) pada GP Aragon, pada Ahad. - Foto gridOto

“Setelah kedua-dua insiden berkenaan saya memutuskan untuk berhenti berlumba dan menuju ke pit stop...tetapi saya berhenti berlumba adalah kerana Quartararo dan bukannya Nakagami,” katanya.

Saingan GP Aragon menyaksikan pelumba Ducati, Enea Bastianini menewaskan Francesco Bagnaia bagi merekodkan kemenangan ketiga musim ini setelah GP Perancis pada Mei dan GP Qatar Mac lalu.

Untuk rekod, saingan GP Aragon merupakan perlumbaan pertama Marquez setelah GP Itali, Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Marquez berkata, dia akan menemui kedua-dua pelumba berkenaan dan melihat sendiri perkembangan mereka sama ada mengalami kecederaan atau sebaliknya.

“Saya akan berjumpa dengan mereka dan bertanyakan kondisi mereka akibat kemalangan itu. Diharapkan kedua-duanya tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!