Polis Raub tahan 22 warga Myanmar

No Image Caption
A
A
A

RAUB - Seramai 22 warga Myanmar ditahan selepas polis membuat pemeriksaan ke atas dua buah kenderaan yang dilihat mencurigakan di hadapan sebuah premis perkhidmatan tayar di Taman Raub Jaya 5 di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, bagaimanapun pemandu kenderaan jenis Toyota Vellfire dan Perodua Alza terbabit berjaya melarikan diri ke dalam ladang sawit berhampiran.

"Hasil pemeriksaan anggota kereta peronda polis (MPV) Raub, terdapat 14 warga Myanmar iaitu sembilan lelaki dan lima wanita dalam Vellfire manakala lapan orang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita ditemui dalam Alza. Kesemuanya berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun.

"Kesemua warga asing terbabit ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan disiasat di bawah Seksyen 55 E/6(1)(c) akta sama serta di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Shahril berkata, polis sedang giat melaksanakan Op Tutup bagi mengesan dua pemandu kenderaan terbabit.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!