Acara angkat berat Sukma MSN 2022 ditangguhkan
PIHAK Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma MSN 2022 pada Isnin, membuat keputusan untuk agar permulaan bagi acara sukan angkat berat ditunda sehari kepada 20 September 2022 berbanding jadual asal, 19 September 2022.
Penangguhan berkenaan diumumkan oleh pihak Jawatankuasa Media dan Publisiti Sukma MSN 2022, pada Isnin.
Keputusan penangguhan itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada kesemua wakil Majlis Sukan Negeri (MSN) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah MSN yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Sukma MSN 2022, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Media dan Publisiti Sukma MSN 2022 bakal mengeluarkan kenyataan media berhubung penangguhan acara sukan angkat berat itu.
Untuk rekod, sukan angkat berat bagi Sukma MSN 2022, dijadualkan berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!