De Zerbi ganti Potter di Brighton

Roberto De Zerbi - Foto AFP
Roberto De Zerbi - Foto AFP
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove Albion mengumumkan pelantikan Roberto De Zerbi sebagai pengurus baharu The Seagulls dengan kontrak empat tahun.

Pengendali berusia 43 tahun itu menggantikan Graham Potter, yang meninggalkan kelab tersebut untuk bersama Chelsea minggu lalu ketika kelab London berkenaan berada berkedudukan keempat liga.

Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber berkata, pengurusan kelab menilai calon yang berminat menyertai Seagulls, namun Roberto merupakan pilihan utama sejak mula.

“Kami merasakan Roberto membawakan budaya ideal dan keserasian buat Brighton & Hove Albion, dan orang yang layak meneruskan kemaraan kelab dan bekerjasama dengan pemain yang bagus,” katanya.

Pengendali dari Itali itu mencipta nama ketika bersama kelab Serie A, Sassuolo, apabila mengemudi pasukan tersebut di tangga kelapan liga dua musim berturut-turut pada 2020 dan 2021.

De Zerbi kemudian menyertai kelab Liga Ukraine, Shakhtar Donetsk pada Mei 2021, namun khidmatnya berakhir selepas pengantungan liga setelah pencerobohan Rusia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!