'Beri penjelasan klasifikasi 8 daerah di Sabah termiskin'

Masiung Banah
Masiung Banah
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) diminta memberi penjelasan berhubung indeks kemiskinan yang diklasifikasikan kepada lapan daerah di Sabah yang disenaraikan sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, adakah daerah yang dilabel sebagai termiskin itu dinilai dari segi statistik data e-Kasih penduduk atau berpandukan indeks pembangunan di daerah terbabit.

"Saya keliru dengan kajian yang dijalankan oleh JPM dan sebagai wakil rakyat, saya menyedari purata memiskinan isi rumah di daerah Tongod agak terpencil.

"Kadar kemiskinan di lapan daerah di peringkat termiskin di wilayah Sabah harus diukur menggunakan kaedah yang betul bagi memastikan kajian tepat dan terperinci," katanya bagi mengulas isu 10 daerah di Malaysia disenaraikan sebagai termiskin di mana lapan daripadanya adalah di Sabah.

Selain Tongod, tujuh lagi daerah dikategorikan termiskin di Sabah ialah Pitas, Telupid, Beluran, Kota Merudu, Kota Belud dan Nabawan.

Tambah beliau lagi, sebagai contoh indeks kemiskinan di Tongod jauh lebih kecil iaitu 2,596 berbanding lebih 5,000 data e-Kasih di Semporna, tetapi daerah pantai timur itu tidak tersenarai sebagai daerah termiskin.

Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu mengakui jika sekiranya penilaian JPM berdasarkan pada indeks pembangunan awam tentunya kemajuan di Tongod masih dalam program pelaksanaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!