Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II bermula
LONDON - Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II melalui London bermula dengan diikuti anggota keluarga yang berkabung sambil orang ramai membanjiri seluruh ibu negara Isnin bagi menyaksikan upacara pengebumian dan memberi penghormatan terakhir kepada Ratu yang mangkat pada 8 September lalu.
Sejak awal pagi Isnin, ratusan orang ramai berbaris di laluan dari gereja Westminster Abbey selepas majlis persemadian negara yang menyaksikan Raja Charles III, menangis.
Keranda Ratu akan diketuai Raja Putera Wales, Duke of Sussex, Duke of York dan Puteri Diraja memulakan perarakan ke Wellington Arc di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham.
Setiap minit satu das tembakan dilepaskan di Hyde Park oleh Tentera Diraja, Artileri Kuda Diraja setiap kali loceng besar Big Ben berbunyi.
Semasa perarakan, keranda membawa Ratu akan bergerak melepasi Cenotaph iaitu tugu peringatan askar Britain dan Komanwel yang terkorban dalam perang Dunia Pertama dan Kedua.
Kemudian, keranda membawa jasad mendiang akan dibawa naik ke The Mall buat kali terakhir dan perarakan diteruskan menuju ke Istana Buckhingham.
Keranda ini juga akan melewati Istana Buckingham buat kali terakhir ketika dalam perjalanan ke Wellington Arch sebelum dibawa dengan pedati diraja ke Istana Windsor untuk upacara seterusnya.
Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Aberdeenshire di Scotland selepas kesihatannya merosot teruk.
Jasad Ratu Elizabeth II akan disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang juga tempat persemadian bonda serta ayahanda mendiang Ratu serta suami, Putera Phillip yang meninggal dunia pada April 2021 pada jam 7.30 petang (waktu tempatan). - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!