Lloris, Hernandez dalam senarai pemain Perancis cedera

Lloris
Lloris
A
A
A

KAPTEN Perancis, Hugo Lloris dan tonggak pertahanan, Theo Hernandez sah tidak akan beraksi di Liga Negara-Negara menentang Austria dan Denmark pada minggu ini.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam satu kenyataan memaklumkan, penjaga gol Nantes, Alban Lafont dan pertahanan Aston Villa, Lucas Digne dipanggil bagi mengisi kekosongan tersebut.

Lloris sebelum ini mengalami kecederaan di bahagian paha kanan, manakala Hernandez cedera otot sekali gus menjejaskan persiapan juara dunia itu yang dihimpit masalah kecederaan.

Difahamkan, penjaga gol AC Milan, Mike Maignan dijangka menggantikan tempat Lloris iaitu pemain kedua membuat penampilan terbanyak untuk Perancis dengan 139 cap.

Untuk rekod, selain kehilangan Lloris dan Hernandez, skuad Perancis turut tidak dapat menggunakan khidmat Paul Pogba, Presnel Kimpembe, Lucas Hernandez, N'Golo Kante, Kingsley Coman dan Karim Benzema.

Nasib malang Perancis berterusan apabila pemain yang dipanggil menggantikan Pogba iaitu Boubacar Kamara pula mengalami masalah lutut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!