Salzburg nafi Freund bakal pindah ke Chelsea

Freund
Freund
A
A
A

KELAB liga Austria, RB Salzburg menolak khabar angin bahawa pengarah sukannya, Christoph Freund akan menyertai Chelsea dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Salzburg, Stephan Reiter berkata, beliau langsung tidak tahu atau mendengar apa-apa berkenaan perkara tersebut sebaliknya memberi keyakinan bahawa Freund akan kekal bersama kelabnya.

Apa yang saya boleh kongsikan, sama ada Chelsea mahupun Freund, tidak bercakap dengan saya atau pengurusan kelab tentang perkara seperti itu.

“Malah Freund baru-baru ini menandatangani kontrak dengan kami sehingga 2026, yang terpakai kepadanya serta pemain, pengurus atau jurulatih,” katanya.

Sebelum ini, Freund dikatakan bakal mengisi jawatan pengarah sukan Chelsea di bawah pemilik baharu Todd Boehly susulan perletakan jawatan Marina Granovskaia.

Selain Freund, Chelsea dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan pengarah sukaan As Monaco, Paul Mitchell dan Andrea Berta dari Atletico Madrid.

Dalam pada itu, jurulatih Salzburg, Matthias Jaissle mengakui tidak terkejut sekiranya Freund berlindah ke Chelsea yang disifatkannnya sebagai pasukan bertaraf dunia.

“Sudah tentu, saya perasan bahawa terdapat khabar angin berkenaan perkara itu tetapi itu tidak menjejaskan saya sama sekali

Artikel Berkaitan:

“Dia melakukan kerja yang cemerlang bersama-sama dengan Reiter. Mereka melakukannya dengan hebat.

“Jadi adalah logik bahawa pasukan bertaraf dunia berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Bagaimanapun saya tidak boleh mengatakan perkara yang sebenarnya,”ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!