15 individu halang lalu lintas dikenal pasti

Laporan Sinar Harian berkaitan kejadian tular pada Ahad.
Laporan Sinar Harian berkaitan kejadian tular pada Ahad.
A
A
A

KLANG - 15 individu yang bertindak menghalang lalu lintas bagi mengiringi perarakan melibatkan van mayat di persimpangan lampu isyarat Pekan Meru, di sini yang tular di laman sosial pada Ahad sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan dijalankan mendapati kes tersebut tiada kaitan dengan elemen gangster, sebaliknya individu terbabit hanya mengiringi rakan mereka yang meninggal dunia.

"Bagaimanapun tindakan mereka salah dan 15 individu itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Balai Polis Kapar, pada Rabu.

Pada Ahad, tindakan beberapa individu bertindak menghalang lalu lintas bagi mengiringi perarakan melibatkan van mayat di persimpangan lampu isyarat Pekan Meru di sini yang menjadi tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!