Kakitangan kerajaan paling terbeban jika PRU15 semasa banjir

Amira Aisya (tiga kanan) dan ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern (dua kiri) selepas memberi keterangan berkenaan penglibatan mereka dalam perhimpunan kerajaan gagal, di hadapan IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, pada Selasa.
Amira Aisya (tiga kanan) dan ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern (dua kiri) selepas memberi keterangan berkenaan penglibatan mereka dalam perhimpunan kerajaan gagal, di hadapan IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru, pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pegawai dan kakitangan kerajaaan adalah yang paling terkesan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetap diadakan semasa musim banjir.

Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz berkata, ini kerana mereka perlu bertugas dan melakukan dua kerja iaitu semasa banjir dan PRU15 sekali gus menambah kerja serta membebankan mereka.

"Kalau kita buat juga PRU semasa banjir, pegawai dan kakitangan kerajaan akan paling terjejas kerana mereka perlu melakukan dua kerja iaitu banjir dan juga kempen PRU," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dipanggil memberi keterangan berkenaan penyertaan dalam perhimpunan kerajaan gagal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Larkin di sini pada Selasa.

Amira Aisya berkata, sekiranya PRU15 diadakan juga, rakyat akan sengsara dan dalam hal ini kerajaan boleh merujuk semula kerosakan dan kerugian akibat banjir pada tahun lalu.

"Kalau kita lihat banjir tahun lepas lebih 70,000 terjejas dan lebih 50 rakyat meninggal dunia selain kerajaan rugi RM5.6 bilion. Itu jumlah yang sangat besar," katanya.

Justeru kata Amira Aisya, masa terbaik untuk mengadakan PRU15 adalah selepas banjir besar yang diramal berlaku pada hujung tahun ini.

Menurutnya, semua pihak sama ada parti pembangkang atau kerajaan perlu duduk semeja untuk membincangkan cara dan kaedah menghadapi banjir dan selepas musibah itu selesai barulah fokus semula kepada PRU15.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!