Kelayakan Piala Asia B-20: FAM akui kegagalan skuad muda negara

Skuad negara gagal mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23s setelahh tumpas 2-6 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan baru-baru ini. - Foto FB FAM
Skuad negara gagal mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23s setelahh tumpas 2-6 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan baru-baru ini. - Foto FB FAM
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa berselindung mengakui kegagalan skuad B-19 negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia minggu lalu.

Pengarah teknikal, Scott O'Donnell, bagaimanapun menegaskan kegagalan itu tidak bermakna peta hala tuju F:30 gagal sepenuhnya, tetapi hanya matlamatnya perlu dinilai semula.

Kegagalan terbaru itu menyaksikan satu lagi sasaran FAM dalam F:30 tersasar apabila skuad B-19 negara gagal ke Piala Dunia B-20 dengan menamatkan kempen kelayakan itu di tangga ketiga Kumpulan E.

Kegagalan itu juga menyebabkan kedudukan ketua jurulatih skuad B-19, Hassan Sazali Waras, mula diperkatakan peminat sukan negara.

Sebagai rekod, FAM melancarkan F:30 pada 2018 dengan sasaran utama untuk menjadikan Malaysia antara lima pasukan terbaik Asia menjelang 2030.

Scott berkata kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Saya bukan mahu memberikan alasan tetapi saya tiada di sini sewaktu sasaran F:30 ditetapkan.

"Tetapi amat jelas sasarannya sudah terkesan dan kami perlu menilai semula sasaran itu.

"Saya bukannya mahu memberikan alasan, sudah pasti amat bagus jika kita layak dan saya fikir, jika kita dapat menewaskan Mongolia, kita mempunyai peluang yang cerah untuk layak sebagai antara pasukan di tempat kedua terbaik.

Artikel Berkaitan:

"Kami perlu sedar dan mengakui bahawa kami gagal mencapai sasaran itu.

"Tiada alasan untuknya kerana kami memiliki barisan pemain terbaik dan tidak mendapat keputusan yang kami mahukan.

"Adakalanya, kita hanya perlu mengakuinya," katanya. - Stadium Astro

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!